Thursday, March 10, 2016

Hari Sibuk Sedunia!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Macam aku sorang je yang reti buat kerja kan. Macam orang lain tak reti buat kerja hahaha...Poyos! Taklah, aku tengah kusut jugak ni sebenarnya sebab bulan Mac hingga penghujung bulan April nanti aku bizayyy gila-gila punya sibuk huhu. huhu. huhuhuhu~~~

Jadual Kesibukan Ala-ala Retis

5 Mac
(Sabtu : 8.00 pagi - 5.00 petang) - Buka booth pameran Jabatan sempena Program Semarak Sejiwa LimbangFM 2016 #pastidihati bertempat di Lot 777, Tapak Ekspo Majlis Daerah Limbang. DONE!

6 Mac
(Ahad : 8.00 pagi - 10.00 malam sebab perasmian program dibuat sebelah malam) -  Buka booth pameran Jabatan sempena Program Semarak Sejiwa LimbangFM 2016 #pastidihati bertempat di Lot 777, Tapak Ekspo Majlis Daerah Limbang. DONE!

 yang atas ni dah selesai. Jam 11.00 malam kooo aku sampai rumah. Fening.

7 Mac
(Isnin) - Cuti rehat terpaksa + temujanji suntikan perancang. DONE!

8 Mac onwards
Membuat jemputan kepada syarikat-syarikat tempatan untuk membuat temuduga terbuka sempena Program Sejiwa Senada Bahagian Limbang 2016 pada 1 - 3 April 2016 (Jumaat - Ahad). OTW

19 Mac
(Sabtu) - Perasmian Pejabat PERKESO Cawangan Limbang yang bakal dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Kementerian Sumber Manusia bertempat di perkarangan tempat letak kereta berhadapan bangunan Pejabat PERKESO, Jalan Buangsiol, Limbang. *(Subject due to any changes)*

20 Mac
(Ahad) - Buka booth pameran Jabatan sempena Program SKSJ anjuran JPJ Cawangan Limbang bertempat di Dataran Jubli Emas, Limbang. (Belum confirm)

21 Mac onwards
Membuat confirmation kehadiran syarikat-syarikat yang bakal menyertai Program Sejiwa Senada Bahagian Limbang 2016

28 Mac
(Isnin : 10.00 pgi - 3.00 petang) - Membuka booth pameran Jabatan sempena Project of Dreams-Realized (ProDR) Roadshow 2016 anjuran Unit Pembangunan Tenaga Kerja, Jabatan Ketua Menteri Sarawak dan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) bertempat di Purnama Hotel, Limbang

1 - 3 April
(Jumaat - Ahad) - Program Sejiwa Senada Bahagian Limbang 2016 berlangsung dan dijangka bakal dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri (lokasi masih belum dapat dipastikan). *(Subject due to any changes)*

Penghujung April
Pilihan Raya Negeri Sarawak bakal berlangsung dan aku bertugas juga pada masa itu.

Yang lain, tugas-tugas hakiki di pejabat dan jugak di rumah hahaha...Parai kitai wai!!!

Apa-apapun, ganbatte kudasai! Chayo2!!! Fighting!

No comments: