Friday, March 11, 2016

Hadiah dari Sis Radhia a.k.a Penselduabee.com dah sampai!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Aku tak sangka juga bila semalam tu tetiba ada parcel duduk atas meja aku. Sekali aku tengok dari sis Radhia. Kemudian, baru bayangan flashback datang. Aku baru ingat yang sis Radhia ada send mesej dekat Google+ aku hari tu. Cer tengok~~~


Sooo, selepas tu aku terus send details laju-laju dekat sis Radhia...daaaan selepas itu aku hilang ingatan hahaha...sebab sibuk dengan kerja dan kehidupan.

Korang nak tengok apa hadiahnya? Nak la kan...poyos je aku nak acah-acah comel wakakaka...erm, korang tengoklah gambar hadiah tu puas-puas ye...aku belum pakai lagi, belum cuci pun lagi...masih simpan dalam parcel lagi ehehe...lagi dan lagi dan lagi~~~


Cantik kaaan...kebetulan semalam, pakaian kerja aku pun berwarna kelabu. Cam tau-tau je hehehe...thanx sis Radhia. Tetap sudi menghantar hadiah walaupun dah lama berlalu. Kalo tak silap bulan 12 tahun lalu punya giveaway tu. Kalo sis Radhia tak mesej aku, sumpah aku tak ingat.

Errr...yang dompet kaler pink tu aku baru beli semalam untuk menggantikan dompet lama aku yang dah rosak. Zip dia dah rosak. Tak boleh zip dah. Aku sayang dompet lama tu sebab tu hadiah perkahwinan dari kawan-kawan di Pejabat Tenaga Kerja Sandakan dulu. Lama jugak aku pakai. Dari tahun 2011. Tahun ni baru dia rosak. Tahan walaupun bukan branded.


Dompet lama tu jenama Riccaro...yang baru ni brandless hahaha

Ok. Hanya setakat ini sahaja cerita pd minggu ini. Minggu depan cuti sekolah tapi aku tak cuti hahaha...sibuk sibuk dan terus sibuk. Selamat bercuti hujung minggu untuk semua. Adios!

3 comments:

Cikla Shahril said...

Wah.. bestnya.. tahniah...

Nieda Ramly said...

banyak benar kancingnya si beg pink tu...kasi duit elok2 kat dlm

Athirah said...

lawannya baju tu, tahniah,,hehe