Wednesday, December 23, 2015

Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Cuti Yeay!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Esok cuti Maulidur Rasul. Aku sekeluarga akan bertolak ke rumah mertua aku di Kg. Liang Datu, Ulu Medamit, Limbang. Jarak perjalanan mengambil masa satu jam setengah jalan darat dari bandar Limbang dan 10 minit ikut perahu merentas sungai dari Kg. Kuala Medalam ke Kg. Liang Datu.

Untuk pengetahuan semua, mertuaku berbangsa Kelabit dan mereka bukan Muslim. Dalam adik-beradik husband aku, hanya husband aku dan kakak sulungnya sahaja yang berkahwin dengan orang Islam. Kakak iparku kawn dengan orang dari Brunei Darussalam.

25hb nanti keluarga mertuaku akan menyambut Hari Krismas. Bagi kami orang Sabah dan Sarawak, perkara begini memang biasa. Sebab kami terdiri dari pelbagai kaum. Macam aku ni memang cinta Borneo sebab aku asal dari Sabah dan husband aku asal dari Sarawak.

Perkara yang aku respect dengan keluarga mertuaku adalah mereka sama sekali tidak menghidangkan minuman keras walaupun mereka tinggal di rumah panjang. Ini adalah disebabkan majoriti daripada mereka yang tinggal di rumah panjang itu terdiri daripada kaum Kelabit (Sila Google). Selain itu, mereka sangat menghormati kami (yang beragama Islam) dan mereka faham istilah halal haram dalam agama Islam.

Selain itu, apa yang menyebabkan aku teruja nak balik ke kampung mertuaku is mereka banyak membuat aktiviti di kampung seperti sukaneka, acara tarian dan banyak lagi. Aku paling suka bila part main volleyball. Selalunya aku akan join team kaum Ibu. Tahun 2013, team Ibu menang tempat pertama pertandingan Volleyball. Tahun 2014 pula, team Muda Mudi yang menang. Adat la kan. Jangan tak tau, aku dulu wakil sekolah team volleyball hewhew...

Ni, aku nak bagitau...kot2 la kan manatau aku ada menang segmen ke, giveaway ke...mana la tau kaaannn...just info je dekat blog aku ni...dekat komen tu ke...sebab, dekat kampung mertua aku tu memang xda line telefon. Nama pun di ulu. Memang xda line telefon. Ni kan lagi line tenet. Tapi, aku suka jugak, at least aku dapat konsentret ikut aktiviti kampung.

Aku akan balik ke bandar hari Ahad petang or malam. Isnin sambung cuti rehat sebab nak register Chang2 & Adik Icha masuk Tabika Perpaduan.

Aku rasa sampai di sini je kot buat masa ni. Aku nak kemas baju anak2. Balek kampooong wohoho balek kampooong wohoho balek kampooong hati giraaanggg~~~

Kbai. Balik nanti aku share gambar ye~~~

2 comments:

Aryn Fadz Lee said...

Betul .. Bagi Sabah Sarawak adalah perkara biasa kunjung mengunjungi saudara mara yang bukan Islam pada waktu perayaan mereka. Sayapun punya sepupu yang menyambut Krismas kerana ibu masuk Islam

Akim said...

Bestnyer cuti panjang....